Simbahan rasa ini ku hadiahkan dalam wajah seindah pelangi :))

Sunday, December 12, 2010

CINTA ALLAH

Cinta monyet adalah asam garam yg pernah dilalui pada zaman remaja .. Apabila sudah bercinta bermulalah episOd saling merindui dan tanda seseorang itu sudah "" diserang penyakit angau ""
Untuk mendapat cinta ,, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai .. Dalam mencari cinta sejati manusia ,, bukan hanya remaja ,, kadang-kadang tersasar dalam erti sebernar cinta ..
Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan kadangkala hanya bersifat lipstik ..
Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta ..
Cinta ALLAH adalah cinta hakiki  .. Kemuncak segala motivasi  ,, samudera segala bekalan dan kemudahan segala keindahan ..
Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan kesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat ..
Jika ALLAH adalah cinta segala cinta ,, dunia akan bertenggek di menaranya .. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga ,, bagaimana hendak dapat cinta allah ..
Sebagai panduan :: dalam hadis rasulullah berkata :- "" Orang yg baik dikalangan kamO ialah yang mempelajari al-Quran dan yg mengajarnya "".kemudian dalam keterangan lain RASULULLAH menjelaskan  :-  ""Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan ) kepada sesiapa yg membacanya pada hari akhirat kelak"" . dirumah sahabat dulu ,, biasanya tergantung al-Quran dan pedang .. Kenapa dua-dua ini tergantung ?? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahankan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk hati ..
Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah ,, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar utk membaca al-Quran ..
Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan  ,, khayalan gangguan dan kemurungan .. Maka isi hati kita dengan ayat al-Quran ..

No comments:

Post a Comment