Simbahan rasa ini ku hadiahkan dalam wajah seindah pelangi :))

Sunday, December 12, 2010

PENGGANTI CINTAKU




Malam itu ku menjadi seniman,
setelah kita putuskan hubungan,
tiada apa yang hendakku katakan,
cuma hilangnya cinta di tengah jalan

Kini ku nanti cinta yang pasti,
cinta pergi pasti ada yang mengganti,
ku padamkan segala coretan lama,
yang tinggal kini cuma sekeping lukisan tiada berwarna

Datangnya cinta kerana sayang,
datangnya sayang kerana kasih,
dan hadirnya kasih kerana rindu,
biar cintaku seharum selasih

Kau hadir tikaku duka,
dalam kelam dikau menjelma,
membuatkan hatiku terasa,
bagai kita singgahsana

Bak rimbunan pohon delima,
begitu utuh dan indah cinta yang ku terima,
tiada apa yang dapatku kata,
cuma air mata menitis menjelma

Kini mimpi tinggal mimpi,
yang ada hanya dirimu dan diriku,
memang ini yang amat ku impi,
kau kini menjadi pengganti cintaku.

No comments:

Post a Comment